berita

Pencemaran Bau, 7 Wilayah Di Selangor Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Bermula 6 Petang

November 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi satu siaran media, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd telah memaklumkan bahawa mereka akan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor pada pukul 12.45 tengah hari, hari ini.

Jelas Pengurusan Air Selangor lagi, sehingga jam 2.30 petang ini, pencemaran di Muka Sauk LRA Rantau Panjang pada tahap 8 TON dan LRA SSP1,2 sdan 3 pada tahap 4 TON.

Ditutup pukul 6 petang

Oleh sebab pencemaran sumber air mentah tersebut, henti tugas keempat-empat loji ini dijangka akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. Bekalan air di kawasan tersebut dijangka akan ditutup pada pukul 6 petang ini.

Kawasan terjejas

Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Kuala Langat & Hulu Selangor

Sumber: Air Selangor

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×