berita

Pendengar Bertuah Molek FM Bawa Pulang Nissan Navara

February 15th, 2022 | by Zulaikha
Shout Out!

Siapa sangka rezeki pendengar bertuah Mohd Zawawi bin Ismail dari Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu yang berjaya memenangi RM100 dan sebuah Nissan Navara serba baharu pada pusingan terakhir cabaran Lagu Molek Navara selepas berentap bersama 79 peserta yang lain. Tahniah!

Artikel Berkaitan: Mat Dan, Fizie & Mek Zura Penyampai Radio Molek FM

Artikel Berkaitan: Molek FM Saluran Radio Terbaru Buat Warga Pantai Timur Bermula Januari 2022 – ‘Gu Pantai Timur’

Bawa pulang Nissan Navara

Peraduan Lagu Molek Navara dilancarkan bersempena pelancaran Molek FM berjaya menarik 80 peserta bagi merentap hadiah utama sebuah trak pikap baharu, Nissan Navara. Mereka (80 pendengar bertuah) berjaya melayakkan diri ke Grand Finale Lagu Molek Navara setelah menjadi pemanggil terpantas dan memberikan tagline Molek FM iaitu Gu Pantai Timur kepada barisan penyampai Molek FM ketika kempen ini berlangsung.

Ujar pemenang, dia sebelum ini mula mendengar Molek FM ketika siaran percubaan sedang dijalankan sebelum berjaya mendapat akses ke Grand Finale Lagu Molek Navara menerusi segmen Molek 10-3 bersama Izzul.

Alhamdulillah, semua ni rezeki anak-anak, saya menjadi orang yang terakhir berjaya membuka kunci di replika Nissan Navara menerusi cabaran yang terakhir. InshaAllah saya akan terus menyokong Molek FM dan menjadi pendengar setia.

Sebelum membawa pulang trak baharu, para peserta perlu menempuh tiga cabaran di Grand Finale Lagu Molek Navara. Cabaran pertama adalah cabaran membuka kotak misteri dengan kunci yang betul. Bagaimanapun, ketika sesi ini berlangsung hanya 30 peserta yang layak menuju ke peringkat seterusnya.

Seterusnya bagi cabaran kedua para peserta perlu membuka replika pintu dengan menggunakan kunci yang betul di mana peserta sendiri perlu memilih kunci berkenaan secara rawak. Namun, sesi ini hanya melayakkan 10 peserta sahaja ke pusingan akhir sebelum membawa pulang hadiah utama.

Cabaran terakhir akan menentukan siapakah di antara 10 peserta yang berjaya membuka replika pintu Nissan Navara dan sekali gus bergelar juara.

Nantikan kempen menarik

 

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pendengar Molek FM dan akan berusaha memberikan pelbagai kejutan dan juga penghargaan kepada pendengar terutamanya buat mereka yang berada di Pantai Timur, sekali gus mengumpul jumlah pendengar setia dan membina komuniti Molek FM.

Tahniah kepada Mohd Zawawi bin Ismail kerana telah berjaya membawa pulang sebuah Nissan Navara serba baharu di Grand Finale Lagu Molek Navara.

Nantikan kempen menarik antaranya Cek Mek Molek FM yang mencari penyampai radio baharu di Molek FM dan banyak lagi.

Kempen Cek Mek Molek FM yang bermula pada 13 Februari 2022 (semalam), mencari bintang radio yang bakal menyertai keluarga besar Molek FM yang dibarisi oleh Mek Zura, Fizie, Izzul, Mat Dan & Kai Hassan. Apa yang lebih menguntungkan apabila juara Cek Mek Molek FM bakal memenangi kontrak bernilai lebih RM30,000 bersama Molek FM.

Jadi tunggu apa lagi, korang jangan lepaskan peluang untuk dengarkan Molek FM menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu serta secara live streaming di MolekFM atau YouTube.

Bukan itu sahaja, kalau korang nak dapatkan latest update terkini Molek FM jangan lupa untuk terus follow di platfom FacebookInstagramTwitter dan YouTube.

SKIP THIS AD ×