Berhubung video viral seorang lelaki yang menampar seorang perempuan angkara perselisihan faham insiden jalan raya, pihak polis sedang berusaha mengesan lelaki tersebut untuk membantu siasatan.
Menerusi Facebook, seorang wanita bernama Freeda yang dipercayai isteri lelaki terbabit meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku kepada suaminya itu. Dia terima dengan redha akan ujian yang melanda dirinya dan keluarga serta berharap dengan terjadi kejadian sebegini suaminya bakal mengurangkan sifat panas barannya itu.
Terima ujian dengan redha
Aku terima dengan redha mungkin itu ujian Allah S.W.T. yang salah tetap salah. Jalan terbaik tawakallah kalau itulah jalan hidup kita bonda redha walaubagaimanapun bonda sentiasa di belakang daddy. Dunia dan akhirat biar orang nak kata apa. Allah itu ada. Maaf kalau ada yang marah. Bonda sangat-sangat bersyukur daddy sihat tubuh badan dari kaku di tepi jalan. Lagi bonda tak sanggup nak hadapi dengan anak.
Semoga dengan terjadi begini buat pengajaran untuk daddy kurangkan sifat panas baran itu. Daddy seorang yang penyayang dan sangat sayangkan bonda dan anak. Kesilapan tetap kesilapan bonda bersyukur daddy terima dengan hati yang terbuka semoga Allah permudahkan kehidupan kita anak beranak.
Status itu bagaimanapun telah dipadam wanita terbabit setelah beberapa jam dipaparkan di akaun Facebook miliknya.
Netizen tak puas hati dengan tindakan suaminya
Ada yang marah mangsa yang ditampar
Sumber: Facebook