
Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan meluahkan rasa syukur apabila selesai mengerjakan ibadah haji.
Artikel Berkaitan: Afgan Gementar Buat Konsert Solo Terbesar Di Pulau Pinang, Tak Sabar Nak Makan Nasi Kandar
Artikel Berkaitan: FOTO: Afgan Terharu Peminat Setia Selama 17 Tahun, Konsert ADA Jadi Kenangan ‘Mahal’ Lyodra
Haji Afgan
Menerusi hantaran di Instagram, Afgan atau Afgansyah Reza, 35, berkata, dia tidak menyangka apabila diberi peluang pada tahun ini untuk menjadi tetamu Allah bagi melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Alhamdulillah, sudah selesaikan sempurnakan haji pertama saya. Ini sebuah pengalaman yang sangat indah buat saya kerana berangkat sendiri ke Makkah.
Ketika saya berniat, terus saya berangkat ke Tanah Suci dengan berbekalkakan tekad. Semua proses dipermudahkan oleh Allah.
Menerusi hantaran sama, pelantun lagu Padamu Ku Bersujud itu turut berkongsi sepotong video sepanjang berada di Makkah.
Dalam pada itu, Afgan berkata, dia tidak akan melupakan kenangan yang cukup indah sepanjang berada di sana.
Bersyukur sangat menjadi salah seorang tetamu Allah pada tahun ini. Ini adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup dan saya bersyukur.
Ibadah haji adalah peringatan di mana anda tidak pernah keseorangan selagi Allah bersama anda. Terima kasih atas doa kalian.
Sekadar info, Afgan berangkat ke Makkah selepas beberapa hari menyambut ulang tahun kelahirannya pada 27 Mei lalu.
Sumber: Instagram