berita

Pengalaman Mendebarkan Jadi ‘Pak Bidan’ Sambut Kelahiran Bayi Di Rumah, ‘Abang, Baby Nak Keluar Dah Ni!’

December 6th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Pengalaman menyambut kelahiran anak pada waktu dan tempat yang tidak dijangka pastinya pengalaman berharga dan tidak mungkin dilupakan buat seorang bapa, Syahful Affandy Zulfakar apabila dia terpaksa menjadi ‘bidan terjun’ menyambut sendiri kelahiran bayinya di rumah.

Isteri menangis kesakitan

Tanggal 2 Disember 2019 iaitu pada jam 6.35 pagi, ditakdirkan aku sendiri sambut kelahiran baby dekat rumah. Pada 1 Disember 2019, hari ahad jam 11.30pm aku hantar wife ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang sebab dia mengadu dah sakit sangat. Sampai dekat sana daftar siap-siap dekat kaunter dan wife pun sudah salin pakaian masuk ke dalam buat pemeriksaan. Aku tunggu dekat ruang menunggu macam suami-suami yang lain.

Pada 2 Disember 2019 iiatu jam 2.30am, tunggu punya tunggu akhirnya doktor dan nurse yang bertugas suruh balik dulu atas sebab laluan baru bukak 1cm. Aku agak frust, wife mengadu sakit-sakit tapi disuruh balik juga sebab laluan baru terbuka 1cm dan air ketuban pun belum pecah lagi.

Jam 3.30am, aku dan wife sampai dekat rumah. Tinggal berdua je sebab anak sulung dah tinggalkan dengan kakak ipar dekat Bandar Putera lebih kurang 4/5km jaraknya dari rumah aku. Wife tak boleh tidur dan duduk menyandar je sambil tahan sakit. Aku dah tak boleh tahan, mata dah rabak jadi aku lelapkan mata dulu. Kemudian pada jam 6.05am, aku sedar dari tidur sebab terdengar wife aku dekat ruang tamu tengah teresak-esak menangis dan merengek menahan sakit. Aku cuba tenangkan dia sambil gosok-gosok pinggang belakang dia bagi kurangkan rasa sakit.

‘Nampak kepala baby dah keluar’

Sekadar gambar hiasan

Aku tanya wife, nak aku call ambulan tak? Dia kata tak payah,dia takut kalau laluan cm belum bukak besar lagi nanti pihak hospital suruh balik lagi. Aku pun akur lah sebab tak pandai nak jangka gambaran kesakitan wife aku tu, dah tahap mana. Tak apa lah, aku minta dia masuk bilik untuk bersiap-siap pergi hospital. Aku masuk bilik nak mandi siap-siap, aku tengok wife aku dah terlentang dengan posisi betul-betul nak beranak dah. MasyaAllah, terkesima aku tengok ada benda putih dah nak keluar.

Aku dah semakin panik dan aku punya panik tu Allah sahaja yang tahu. Dengan pantasnya aku capai telefon aku untuk call ambulan minta datang. Lepas tu aku call kakak ipar minta datang juga support aku. Beberapa minit selepas itu, keadaan dah semakin memuncak, wife aku dah teriak  ‘Abang, baby nak keluar dah ni. Baby nak keluar dah ni’. Aku punya panik menggigil satu badan. Aku dah tak ada pilihan lain dan tak sempat nak minta tolong dekat sesiapa dah. Aku kena sambut juga baby ni. Last-last aku azan dekat dalam bilik, lepas itu aku pegang kedua lutut wife aku dan ready untuk sambut baby.

Aku tengok benda putih tadi dah semakin tersembul nak keluar. Dengan tenang aku minta wife aku tarik nafas tinggi-tinggi dan lepaskan. Kali ke-3 dia tarik nafas tinggi-tinggi, aku minta dia teran semampu yang dia boleh. Wife aku pun teran tapi tak berhasil. Kali ke-4 aku minta dia teran aku nampak kepala baby dah keluar. Aku tarik kepala baby dengan berhati-hati dan aku minta wife aku terus teran habis-habis. 2, 3 kali dia teran aku nampak bahu baby, okay time ni lah, aku seluk jari telunjuk untuk tarik ketiak baby dan baby pun berjaya dibawa keluar.

Selamat menyambut kelahiran baby

Sekadar gambar hiasan

Lepas itu laju lah ketulan-ketulan darah pun ikut keluar sekali. Kelam kabut jugak nak pegang baby yang baru lahir ni sebab masih berlendir ibarat macam pegang sabun besar yang licin beb. 6.40am, baby selamat dilahirkan. Aku terus tengok muka wife aku, jelas nampak dia dah lega dalam kesakitan. Syukurlah ibu selamat. Aku tengok baby pula dari tadi senyap tak ada respon.

Sekali lagi aku panik sebab baby tak ada respon. Rupa-rupanya muka baby masih terlindung dalam kantung. Aku pun selak dan koyakkan kantung tu baru lah nampak jelas mulut, bibir dan lidah baby. Aku terlangkupkan baby ke tangan kiri sambil gosokkan belakang badan baby dan tak lama tu baby pun teriak menangis. Alhamdulilah baby pun selamat.

Gugur semua rasa panik aku tadi dan keadaan pun dah tenang aku pun qamatkan baby. Dari pada mula-mula wife aku teran nak beranak tadi sampai lah baby keluar sepenuhnya aku rasa dalam tempoh masa 5 minit je. Jadi pak bidan aku hari ni.

Tak lama lepas tu kakak ipar aku Suraini Kamaruddin pun sampai, aku pun serahkan baby kat kak ipar aku pegangkan. Dekat 15 minit jugak tunggu ambulan sampai ke rumah. Dah sampai diorang pula buat kerja bersihkan baby dan tarik uri keluar. Dah siap semua tak lama tu wife dan baby pun dibawa ke Hopital Tunku Ampuan Rahimah Klang.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah beri aku kekuatan untuk sambut sendiri baby aku kat rumah dan permudahkan serta melancarkan proses kelahiran baby.

Sumber: Syahful Affandy Zulfakar

SKIP THIS AD ×