berita

Pengamal Perubatan Dilarang Keluarkan Surat Sokongan Bagi Ibu Hamil Bersalin Di Kampung – KP Kesihatan

May 22nd, 2020 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kes wanita hamil disahkan positif Covid-19 selepas merentas negeri terus menjadi pendebatan netizen. Walau bagaimanapun, menurut keluarga wanita tersebut anak perempuannya terpaksa bersalin di kampung memandangkan suami bekerja dan mereka mempunyai anak kecil untuk dijaga.

Terbaru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa pihak mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan bagi wanita hamil yang ingin bersalin di luar kawasan atau di kampung halaman.

Tidak mengeluarkan sebarang surat sokongan

Peringatan kepada semua pengamal perubatan (kerajaan dan swasta). DG KKM pernah mengeluarkan surat arahan iaitu larangan kepada semua pengamal perubatan untuk memberikan surat sokongan pesakit yang ingin berpindah kawasan kerana ingin bersalin di kampung.

Menerusi surat perkeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham, pihak Kementerian Kesihatan tidak pernah menyokong perjalanan ke luar kawasan bagi ibu hamil untuk mendapatkan rawatan atau bersalin di luar negeri.

Demi keselamatan sejagat, pihak KKM menyeru agar semua pengamal perubatan kerajaan atau swasta tidak mengeluarkan sebarang surat sokongan pesakit yang ingin bersalin di kampung.

Kes wanita hamil positif di Kelantan

Dalam pada itu, berhubung kes wanita hamil disahkan positif selepas merentas negeri, pihak KKM memaklumkan bahawa wanita tersebut tidak mengatakan menggunakan surat sokongan dari pihak KKM. Diharap perkara ini jelas untuk orang awam terutama sekali ibu hamil yang berhajat ingin bersalin di kampung.

Respon netizen

Sumber : Public Health Malaysia