berita

‘Bukan Balik Suka-Suka Nak Beraya’ – Sepupu ‘Backup’ Lelaki Hantar Wanita Hamil Balik Kampung

May 21st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, kisah wanita hamil pembawa Covid-19 ke Kelantan jadi bualan hangat netizen. Rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit pulang ke kampung halaman yang menyebabkan negeri tersebut kembali terancam selepas sebulan bebas Covid-19. Tak kurang juga melemparkan kata-kata kurang baik terhadap mereka.

Tidak tahan dikritik, seorang individu yang mendakwa dirinya sepupu kepada suami wanita tersebut tampil beri penjelasan.

Terpaksa hantar isteri ke kampung

Untuk makluman, suspek itu sepupu saya. Dia juga seorang frontliner yang terlibat di Kuala Lumpur dalam menyelengara fasiliti TM untuk memastikan internet berjalan dengan lancar.

Dia hantar balik isterinya kerana ada anak kecil berumur 2 tahun dan isteri dia mahu melahirkan anak kedua mereka.

Sejak semalam, satu mesej Whatsapp yang dipercayai penjelasan keluarga terdekat kes wanita hamil covid-19 di Kelantan mula menjadi perhatian ramai. Menerusi mesej tersebut, individu yang mengaku dirinya merupakan sepupu kepada suami wanita hamil itu memaklumkan bahawa sepupunya terpaksa menghantar isterinya pulang ke kampung kerana kekangan kerja.

Bukan saja-saja nak balik

Di Kuala Lumpur, dia duduk berdua sahaja dan dia kerja on call 24 jam. Atas nasihat hospital dan kelulusan permit rentas negeri dia balik hantar isteri dia di Hospital Raja Perempuan Zainab Kelantan (HRPZ).

Bukan dia balik suka-suka nak beraya tapi ada atas musaqoh. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat dia dan keluarga.

Tambahnya lagi, suami tersebut sibuk bekerja dan khuatir jika tidak dapat memantau keadaan isteri yang sarat bersama anak kecil mereka. Keputusan itu juga atas nasihat hospital serta kelulusan permit rentas negeri.

Terdahulu, pasangan ini dikecam gara-gara salah faham orang ramai yang menyangka pasangan ini pulang ke kampung bagi tujuan menyambut hari raya.

Sumber : Nina Mohdzam

SKIP THIS AD ×