berita

‘Pengangkutan Awam Dibenarkan Operasi 24 Jam Dalam Kapasiti Penuh’ – Ismail Sabri

June 11th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media hari ini melaporkan beberapa kelonggaran yang diberikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Datuk Ismail Sabri menerangkan beberapa SOP pengangkutan awam yang dibenarkan beroperasi termasuk kenderaan e-hailing, bas express dan kereta api.

Renang masih belum dibenarkan

https://www.youtube.com/watch?v=4cGQ9EGQwvk

Aktiviti sukan seperti kolam renang masih lagi belum dibenarkan oleh pihak kerajaan. Bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan sesi libat urus pada hari Jumaat ini. Mesyuarat berkenaan turut melibatkan Kementerian Seni dan Budaya dan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan pandangan.

Banyak juga agensi memohon kebenaran untuk menjalankan aktiviti berkenaan. Aktiviti kolam renang masih akan berbincang dengan pihak berkaitan  mengenai SOP kepada KKM.

SOP pengangkutan awam

Tambahnya, Kementerian Pengangkutan telah bermesyuarat mengenai SOP dan mesyuarat khas telah membenarkan perkhidmatan e-hailing beroperasi 24 jam. Kapasiti penumpang juga mengikut kapasiti kenderaan.

Pemandu kenderaan pengangkutan awam perlu melakukan sanitasi setelah menurunkan penumpang. Bas express juga dibenarkan beroperasi 24 jam dan membawa penumpang penuh.

Sebelum membawa penumpang, mereka perlu mengambil maklumat penumpang seperti suhu melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual. Pemilik bas perlu memeriksa suhu penumpang dan dibenarkan menjual topeng muka kepada penumpang.

Manaka, feri, keretapi api dan kapal terbang dibenarkan membawa kapasiti penuh. Setiap masa penumpang perlu memakai topeng muka sepanjang perjalanan.

Anda juga perlu memuat turun aplikasi MySejahtera untuk memudahkan pergerakkan dan perjalanan di mana anda berada.

Sumber: Buletin TV3

SKIP THIS AD ×