Gambar sekadar hiasan
Gara-gara mas kahwin seorang wanita berusia 18 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dan didakwa dibunuh oleh keluarga mentuanya.
Artikel Berkaitan: Skandal Isteri Bunuh Suami, Mayat Dikerat 6 & Ditanam Bersepah
Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan
Didakwa sering diseksa
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan India Today, mayat wanita yang baru mendirikan rumah tangga pada 13 Jun lalu itu ditemui di bilik air rumahnya di daerah Jharkhad, India pada Jumaat lalu.
Menurut polis, pihaknya telah menahan suami wanita berkenaan namun dua orang abang dan kakak ipar yang didakwa menganiayanya dengan kejam telah melarikan diri.
Berdasarkan laporan polis, bapa mangsa mendakwa anaknya sering diseksa. Oleh itu, dia mengesyaki anaknya dibunuh oleh keluarga mereka.
Untuk menyembunyikan pembunuhan, mayat wanita tersebut digantung di dalam bilik air dipercayai untuk kelihatan seolah-olah membunuh diri.
Susulan itu, mayat tersebut telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang dijalankan.
Sumber: Indian Today