Foto: Tangkap layar video
Bagaikan mimpi ngeri buat seorang wanita yang baru sahaja sah bergelar seorang isteri apabila dia diceraikan di khalayak ramai.
Video lafaz penceraian itu juga telah tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada netizen. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kampung di Buma, Indonesia.
Baru kahwin kena talak
Foto: Tangkap layar video
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, memaparkan sesi lafaz akad nikah yang dilafazkan oleh pengantin lelaki di hadapan tetamu-tetamu yang hadir. Setelah pasangan ini disatukan, si suami secara tiba-tiba bangun dan mengambil mikrofon sebelum melafazkan talak buat isterinya.
Hari ini saya talak Yati.
Rata-rata tetamu yang hadir terkejut dan ‘tergamam’ dengan tindakannya sebelum datang seorang lelaki yang bertindak menyerangnya. Sebelum kejadian itu berlaku, pengantin lelaki ini diminta untuk menandatangani satu borang yang telah disediakan.
Apa yang lebih meruntun hati, apabila pengantin perempuan menangis apabila diperlakukan sedemikian rupa oleh bekas suaminya. Bagaimanapun, tiada info lanjut mengenai apa yang terjadi kepada pengantin lelaki.
Video penuh
View this post on Instagram
Sumber: Visioner & Makassar Info