

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memperlihatkan seorang pengantin perempuan bersanding berseorang di atas pelamin tanpa kehadiran si pengantin lelaki.
Pengantin lelaki lari, tak nak sanding

Memetik laporan Trend Tribunnews, pasangan pengantin dari Indonesia yang berusia 16 dan 18 tahun ini dikatakan telah terlanjur sehingga menyebabkan gadis berkenaan hamil. Disebabkan itu, kedua-dua remaja ini dinikahkan di pejabat agama atas permintaan keluarga pihak perempuan.
Meskipun pihak lelaki bersetuju dengan permintaan tersebut, namun mereka mengesyaki bahawa gadis berkenaan hamil hasil benih lelaki lain. Hal ini kerana, gadis tersebut mengaku sedang hamil 6 bulan sedangkan mereka baru berkenalan selama 4 bulan.
Difahamkan, pada awalnya, kedua-dua keluarga juga sudah bersetuju untuk melakukan ijab kabul sahaja tanpa majlis resepsi. Tetapi siapa sangka, sehari sebelum ijab kabul, keluarga pengantin lelaki terkejut apabila diberitahu majlis resepsi akan diadakan.
Disebabkan segan mahu bersanding dengan isteri yang sarat hamil luar nikah, pengantin lelaki telah dibawa lari oleh keluarganya. Menurut sumber, keluarga pengantin perempuan telah membuat laporan polis atas dakwaan dimalukan oleh pengantin lelaki.
Sumber: Trend Tribunnews





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)