berita

Pengasas Dedah Zumba Tak Boleh Kuruskan Badan, Hanya Untuk Keseronokan Je

December 13th, 2018 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Jika seseorang ingin mendapatkan berat dan bentuk tubuh yang ideal, senaman adalah salah satu cara. Tetapi rutin senaman yang biasa mungkin akan menyebabkan sesetengah individu mudah bosan.

Kini pelbagai jenis senaman yang menarik telah diperkenalkan seperti aerobik, yoga dan juga Zumba. Baru-baru ini pengasas senaman itu menyatakan bahawa Zumba dicipta bukan untuk kuruskan badan.

Dicipta untuk keseronokan sahaja

Menurut Beto Perez, asalnya beliau mencipta Zumba bukan untuk menguruskan badan, sebaliknya untuk memberi keseronokan kepada peserta sahaja.

Namun begitu, hasilnya memuaskan apabila ada peserta senaman tersebut yang berjaya menurunkan berat badan mereka.

Perez berkata dengan Zumba, peserta dapat melakukan aktiviti yang sihat sekaligus mudah dan menyeronokkan berbanding senaman yang biasa.

Senaman Zumba terdapat empat teras iaitu salsa, merengue, cumbia dan reggaetón, di mana setiap daripadanya mempunyai 16 gerakan bersama 25 variasi. Cuma 25 hingga 30 peratus dari teknik tersebut yang melibatkan pergerakan kecergasan.

Mudah, seronok dan efektif

Jelas Perez lagi, falsafah Zumba baginya adalah mudah, seronok dan efektif, membuatkan ia satu workout yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Peserta kami terdiri dari tiga generasi, kanak-kanak, dewasa dan juga warga emas.

Selebriti seperti Shakira juga pernah menyertai kelas Zumba semasa mengandung. Namun, Perez menasihati wanita mengandung untuk tidak melakukan terlalu banyak pergerakan dalam kelas senaman tersebut.

Sumber: mStarThe Jakarta Post

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×