Perkongsian yang dimuat naik oleh pengawal keselamatan pelakon jelita, Fazura iaitu Shahaszrin telah menyorot perhatian ramai apabila dia memanjatkan doa khusus buat anak kepada majikannya iaitu, Fatima Aisya.

Artikel Berkaitan: Fazura Tegur Individu Masuk ‘Live’ Sebut Fasal Bekas Suami – ‘Manusia Yang Hobinya Bersifat Provokasi’ 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fatima Kata Dia Nak Pilih Sendiri Daddy Baru, Kena Approve’ – Fazura

Dijauhkan daripada orang munafik

Menerusi hantaran di Threads, Shahaszrin dilihat berkongsi semula video yang dimuat naik oleh Fazura dan jelas kelihatan kegembiraan Fatima selepas menerima gula-gula.

Pada hantaran tersebut, Shahaszrin menitipkan doa agar Fatima atau mesra disapa Nyamma sentiasa dipelihara. 

Ramai yang sayangkan Fatima. 

Uncle Shah selalu doakan supaya Fatima dijauhkan daripada orang yang munafik dan jahat.

Sementara itu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, mengucapkan terima kasih atas doa yang diberikan. 

Amin Ya Allah. 

Terima kasih banyak Uncle Shah. Allah tahu, kita pun tahu. 

Netizen berterima kasih

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur atas perkhidmatan Shahaszrin yang sentiasa menjaga keselamatan Fazura dan Fatima. Dalam masa yang sama, warganet turut mendoakan agar dua beranak itu sentiasa dalam lindungan Allah.

Sumber: Threads @hantugym