Reaksi spontan anak kepada selebriti dan usahawan, Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya menyorot perhatian ketika diajukan pertanyaan sekiranya memiliki bapa tiri baru.

Artikel Berkaitan: Fazura Kongsi Akaun IG Anak Digantung Dua Kali Dalam Seminggu – ‘Semoga Dikembalikan, Buat Kenangan Fatima & Kita Bersama’

Daddy baru?

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, dilihat menjawab beberapa pertanyaan netizen.

Antara soalan yang diterima adalah ‘Fatima nak daddy baru ke?’ sebelum anak kecil berusia lima tahun itu menjawab ‘nak (mahu)’.

Tambah Fazura, sekiranya perkara itu menjadi kenyataan, dia perlu mendapat izin dan restu daripada puterinya.

Fatima kata dia nak pilih sendiri, Fatima kena ‘approve’ dahulu.

Dalam sesi sama, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Fatima.

Kenapa haters nak marah bila saya cakap fasal jodoh. Jodoh saya adalah jodoh saya. Itu bukan urusan anda, itu urusan Allah.

Doakan yang terbaik untuk saya dan Fatima. Bersihkan hati kita dan jaga hati sebaiknya.

Terdahulu, Fazura tidak menolak untuk kembali berumah tangga walaupun pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya dan menyerah soal jodoh kepada Tuhan.

Imbas kembali, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Fattah Amin pada 2017, namun disahkan bercerai pada 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Video

Sumber: TikTok