Dah seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramai orang masih dalam mood beraya serta bercuti. Tak kurang juga yang melangsungkan perkahwinan di musim perayaan ini. Meriah sungguh!
Bila berjalan jauh untuk bercuti ni, mesti ada yang rasa klise kalau sekadar menginap di hotel, kan? Sekali-sekala nak juga kelainan. Kami cadangkan satu tempat special untuk anda yang inginkan percutian santai, selesa dan penuh privasi. Pernah rasa menginap dalam kabin? Kawasan yang sunyi dan menenangkan, buat lokasi berbulan madu pun sesuai! Jom ushar!
Terpencil, Jauh Dari Hiruk-Pikuk Kota!
Tempat yang kami maksudkan adalah homestay KeKabin By Bungalow In A Village. Seperti namanya, homestay ini terletak dalam sebuah kampung di Semabok, Melaka. Memang takkan sangka akan ada tempat percutian cool macam ni di tengah-tengah kawasan kampung tu!
Cozy And Privacy!
Walaupun namanya kabin, jangan salah sangka sebab dalamnya sangat luas dan selesa. Pelbagai kemudahan disediakan dalam ni, antaranya katil bersaiz Queen, sofa, penghawa dingin, tuala bersih, telekung, alatan mandian dan banyak lagi. Televisyen lengkap dengan Astro. Wifi pun ada tau!
Bilik Dengan ‘Pool View’!
This is among the best parts! Bukak sliding door je nampak kolam renang! Kolam renang ni ada tiga paras kedalaman air, bermula dari yang cetek, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Memang ngam lah kalau nak buat family day!
Hanya RM199 satu malam untuk weekdays dan RM250 untuk weekends. Jadi apa tunggu lagi, ayuh rasai percutian di KeCabin sekarang!
Sumber: KeCabin By Bungalow In A Village