
Seorang pengurus jenazah, Muhammad Zulkarnain mendakwa rata-rata lelaki islam di Malaysia memakai bearing pada bahagian kemaluan.
Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan NGO Pengurusan Van Jenazah Minta Bayaran Urus Pengebumian Selepas Janji Perkhidmatan Percuma
Artikel Berkaitan: Jangan Salah Urus! Ini Cara Betul Menganyam Rambut Jenazah Wanita Mengikut Sunnah Nabi
Lelaki Islam pakai bearing pada kemaluan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Sembang Seram, Zulkarnain memaklumkan bahawa perkara itu tidak asing lagi malah menganggarkan hampir 12 jenazah yang diuruskan mempunyai bearing pada bahagian tersebut.
Tambahnya, terdapat juga isteri yang datang kepadanya dan memaklumkan bahawa suami memakai bearing pada kemaluan atas kehendak sendiri.
Saya boleh kata, hampir 10 hingga 12 jenazah yang saya uruskan, saya jumpa ada bearing ditanam pada bahagian kemaluan.
Kalau untuk tujuan perubatan, katanya memang dibenarkan. Tapi masalahnya, ada yang pakai bearing bukan atas sebab perubatan.
Malah, ada isteri yang datang kepada saya dan beritahu, suami mereka memakai bearing pada kemaluan sekadar suka-suka.
Dalam pada itu, Zulkarnain menegaskan bahawa penggunaan bearing pada kemaluan tanpa keperluan tertentu tidak dibenarkan.
Selain itu, kewujudan bearing pada bahagian tersebut boleh menyebabkan mandi junub tidak sah kerana air tidak dapat sampai ke bahagian berkenaan.
Saya ada rujuk perkara ini kepada ustaz dan dimaklumkan, bearing tak boleh dipakai kalau tiada keperluan.
Malah, kalau ada bearing pada kemaluan, mandi junub juga tidak sah.
Sumber: TikTok @sembangseram








