
Pengurus kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak memaklumkan lagu Rencong dan Kesuma sudah dihantar untuk pencalonan Muzik-Muzik 41 (MM41).
Artikel Berkaitan: AJL40: ‘Umairah Adalah Legasi Saya’ – Siti Nurhaliza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pertemuan Dengan Stranger Ubah Pemikiran Aina Abdul, Tak Kisah All Out Untuk ‘Kamu’ Di AJL40
MM41

Menerusi komen balas di Threads, Rozi atau mesra disapa Rozi Sang Dewi berkata, dua karya berkenaan kini hanya menunggu giliran untuk diumumkan di Muzik-Muzik 41.
Sudah hantar pencalonan sama atau bersekali dengan lagu Rencong. Tunggu giliran sahaja sebab pencalonan lagu-lagu banyak bila sudah buka AJL41.
Bagaimanapun, Rozi menjelaskan pihaknya tidak dapat memberikan jaminan sama ada Siti akan menyanyikan lagu berkenaan sekiranya berjaya mara ke peringkat seterusnya.
Bab menyanyi itu, tiada jaminan, tapi usaha komposer dan penulis lirik kita sokong.
Rozi berkata demikian sebagai respons kepada perkongsian seorang pengguna media sosial yang berharap pencipta lagu Kesuma, Aisha Retno dan Radi menghantar karya berkenaan untuk pencalonan Muzik-Muzik 41, seterusnya berpeluang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-41 (AJL41) dan dinyanyikan sendiri oleh Siti.
Petisyen kepada pencipta dan penulis lirik lagu Kesuma, Aisha dan Radi. Dengan rendah hati saya berharap lagu Kesuma dicalonkan dalam Muzik-Muzik 41, seterusnya layak ke AJL41, dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti sendiri.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)


