berita

Penuh Kejutan & Mendebarkan, Saksikan ‘The Closed Ward’ Di Tonton CINEMA Sekarang

July 29th, 2021 | by Amat
Shout Out!

Apa yang anda lakukan jika tiba-tiba tersedar dari tidur dan berada di dalam sebuah wad lama? Bayangkan tangan dan kaki anda diikat di katil, keadaan wad yang gelap dan anda tidak boleh keluar daripada bilik tersebut. Filem thriller dan penuh dengan unsur suspense, The Closed Ward arahan Park Gyu-taek bakal menemani malam anda mulai 29 Julai 2021 di tonton CINEMA!

Filem lakonan mantap daripada Park Ha-na, Kim Yeong-min dan Shim Eun-woo ini pasti membuatkan anda tak boleh duduk diam dan sentiasa disajikan dengan penuh kejutan.

Suspense dan mendebarkan…

Filem thriller dari negara Korea Selatan ini mengisahkan mengenai tujuh individu yang secara tiba-tiba terjaga dari tidur dan menyedari sudah berada di sebuah bilik mayat di salah satu hospital yang tidak diketahui lokasinya. Latar belakang hospital itu seperti sudah lama dibiarkan dan tentunya kelihatan usang serta menyeramkan.

Keadaan di bilik mayat itu kelihatan penuh misteri apabila mereka menemui pelbagai ‘klu’ seperti jam dengan nombor misteri serta dipasangkan dengan CCTV di sekitar bangunan tersebut seolah seperti ada yang memerhati mereka.

Situasi ini menimbulkan pelbagai persoalan mengapa mereka berada di situ dan bagaimana untuk keluar dari tempat yang menakutkan. Konflik tercetus apabila mereka saling tuduh-menuduh serta bergaduh sehingga bertindak di luar kawalan. Adakah kesemua daripada mereka selamat dan meninggalkan bilik mayat yang menyeramkan itu? Atau dendam lama menyebabkan mereka semua terperangkap di dalam wad penuh misteri itu?

Jangan ketinggalan untuk saksikan The Closed Ward yang akan mula bersiaran di tonton CINEMA pada 29 Julai 2021 ini serendah RM4.90. Pastikan anda tonton bersama keluarga ye, seram!

Tonton trailer rasmi The Closed Ward:

SKIP THIS AD ×