berita

Penunggang Basikal Boleh Didenda RM 1,000 & Penjara Jika Gagal Patuhi Peraturan

September 18th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Aktiviti berbasikal secara berkumpulan atau solo kini menjadi trend dan hobi yang semakin diminati ramai di Malaysia. Namun, terdapat kes-kes yang terjadi disebabkan aktiviti berbasikal yang mengancam nyawa. Kini, penunggang basikal dinasihati supaya mematuhi larangan berbasikal di lebuh raya yang telah ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Denda RM 1,000 jika ingkar

Foto: Polis Diraja Malaysia (PDRM) 

Menerusi status Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) mana-mana individu yang ingkar larangan berbasikal di lebuh raya, individu tersebut boleh didenda sehingga RM 1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Mana-mana individu yang disabitkan dengan kesalahan  tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan tertentu.

Keselamatan menjadi keutamaan

Gambar sekadar hiasan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias, kesalahan itu ada dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengabaikan tanda kenderaan yang tidak dibenarkan di lebuh raya.

Papan tanda yang terdapat di semua plaza tol sudah jelas menunjukkan larangan tersebut. Dari sudut penguatkuasaan, terdapat peruntukan khusus mengenai perkara itu Seksyen 79(2) kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

Pihak polis sangat mengutamakan keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk tahap kesihatan penunggang basikal yang terdedah dengan bau asap kenderaan. Penunggang basikal juga dinasihat untuk mengelakkan daripada menggunakan lebuh raya dan jalan yang sibuk.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Harian Metro

SKIP THIS AD ×