berita

Malek Mccrone Jaga Badan Selepas Seminggu Beraya Sakan – ‘Saya Makan Macam-Macam & Selepas Itu Akan Eat Clean Semula’

April 12th, 2024 | by Alia
Kini Trending

malek

Pelakon meningkat naik, Malek Mccrone memaklumkan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Melaka.

Artikel Berkaitan: Wan Raja Profesional Dalam Lakonan – ‘Saya Bukan Jenis Bina ‘Chemistry’ Luar Set, Nak Lepak Atau Kenal Hati Budi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Bersederhana Dalam Emosi, Kekal Profesional Dengan Syafiq Kyle – ‘Boleh Memaafkan Tetapi Tidak Melupakan’

Jaga kesihatan

malek 977

Pernah bergelar atlet berbasikal negara, Malek berkata dia akan berehat panjang semasa bulan Syawal berikutan sebelum ini dia sudah menghabiskan masa yang agak lama di set penggambaran.

Saya akan ambil cuti tiga minggu ke sebulan, sebab saya bekerja sejak bulan Ogos lalu.

Saya nak habiskan masa cuti dengan berlari dan berbasikal.

Dalam pada itu, aktor berdarah kacukan Kanada dan Melayu ini turut berkongsi juadah wajib yang perlu ada ketika hari raya pertama.

Rendang kerang, nasi goreng dan kue teow.

Seminggu saya akan makan macam-macam dan selepas itu saya akan ‘eat clean’ semula.

Bercerita lanjut, pemilik nama sebenar Malek Marcus Maccrone berkata dia akan mengalami perubahan fizikal jika tidak mengawal berat badan.

Saya akan naik jerawat, saya rasa kurang aktif dan berat badan akan naik dalam lima ke enam kilo.

Malek berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di set penggambaran drama First Wife di Putrajaya baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Malek yang memegang watak sebagai Azim berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan bersama Mimi Lana di dalam drama tersebut.

Kami ada chemistry yang baik ketika di set penggambaran dan kami memiliki energi yang sama untuk menjayakan sesuatu babak.

Walaupun pertama kali agak kekok tetapi selepas itu semuanya mudah.

Drama yang berkisarkan tentang kuasa wanita dan pengkhianatan suami itu turut dibintangi oleh Andy Teh, Melissa Campbell, Charles Roberts dan Carmen Soo.

SKIP THIS AD ×