berita

Penunggang Motosikal Maut Di Lokasi, Kes Pemandu Mabuk Cuba Langgar Lari Tapi Gagal

February 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Kemalangan di jalan raya melibatkan pemandu mabuk sering terjadi. Malah, saban hari peningkatan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dan motosikal semakin meningkat.

Terbaru, pihak polis mengesahkan seorang pemandu mabuk yang menaiki kenderaan jenis Hilux telah melanggar penunggang motosikal jenis EX5. Lebih menyedihkan lagi, mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa meninggal di lokasi

Kejadian itu dipercayai berlaku di Seri Kembangan pada 11.30 malam apabila suspek lelaki berusia 52 tahun melanggar seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, suspek terbabit dikatakan melanggar seorang lagi penunggang motosikal yang mengejarnya ketika cuba melarikan diri selepas terbabit kemalangan itu.

Cuba larikan diri

Menurut laporan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur iaitu Asisten Komisioner Zulkefly Yahya memaklum dia menerima laporan pada jam 11.22 malam.

Hasil siasatan mendapati kemalangan bermula di Seri Kembangan, Serdang di mana pemandu Toyota Hilux terbabit melanggar sebuah motosikal yang menyebabkan penunggangnya maut.

Selepas kemalangan, suspek bertindak melarikan diri dengan memecut laju dan penunggang lain yang berada di lokasi kemalangan mengejar suspek dengan bantuan orang awam.

Difahamkan, semasa tiba di Lebuhraya Bukit Jalil, penunggang itu bertindak menghalang kenderaan suspek dan berhenti di hadapan kenderaan berkenaan.

Katanya, suspek berhenti secara mengejut dan melanggarnya menyebabkan dia cedera di paha, bahu dan jari kanan akibat dihempap motosikal.

Sumber: Mohd Redzuan, Harian Metro

SKIP THIS AD ×