berita

Penyanyi Januari, Glenn Fredly Meninggal Dunia, Tinggalkan Zuriat Usia 40 Hari

April 8th, 2020 | by faris
Kini Trending

Kematian benar-benar tidak mengenal usia, akan datang tidak lambat atau cepat walau sesaat. Jika sebelum ini pelakon Ashraf Sinclair meninggal tiba-tiba, kini penyanyi Glenn Fredly turut menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Rabu.

Disahkan rakan artis

Menurut laporan Kompas, berita sedih itu disahkan rakan artis Glenn, Tompi. Mesej ringkas itu dihantar Tompi menerusi Whatsapp kepada portal berkenaan.

Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly malam ini. Mohon dimaafkan semua salahnya. Dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua.

Suara.com melaporkan Glenn menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 6.00 waktu Indonesia Barat di Rumah Sakit Setia Mitra Fatmawati, Jakarta Selatan. Glenn meninggalkan seorang isteri, Mutia Ayu yang dinikahinya pada 19 Ogos 2019 dan seorang puteri Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo berusia 40 hari.

Sumber: Suara.com, Kompas

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.