berita

Penyanyi Kacak, Guba, Punyai Bakat Yang Bakal Menyinar

September 13th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bagi peminat lagu-lagu yang suka ‘relax & chill’, OHBULAN! rasa anda patut mengenali siapa Guba.

Pertama kali melahirkan album sendiri, Gabriel Robert atau lebih dikenali sebagai Guba, menyertai syarikat rakaman indie Laguna Music pada tahun 2011. Lahir dan membesar di Sabah, Guba menulis lagu-lagu yang dikategorikan sebagai Alternative-Folk dalam dwi-bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Konsep lagu Guba sangatlah menenangkan dimana satu “emosi yang mampu mengusik hati seterusnya mencipta perjalanan muzikal yang indah untuk halwa telinga dalam pelbagai cara”. Lebih menarik, Guba menggubah dan menulis sendiri kesemua lagu dalam albumnya ini.

Album “Hilang” merupakan album pertama Guba dan kesemua lagunya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Album ini mengandungi 10 buah lagu termasuk dua single terawal Guba iaitu “You & Me” dan duet popular bersama Yuna dalam lagu “You’re So Fine” yang telah mendapat siaran meluas di corong-corong radio tempatan. Kedua-dua buah lagu juga berjaya menakluki tangga teratas Borneo English Top Ten (BET 10) di Hitz.FM Kota Kinabalu, Malaysia English Top Ten (MET 10) di Hitz.FM dan Malaysia Top 40 di XFM baru-baru ini.

Penghasilan album ini melibatkan enam orang jurutera rakaman di tiga buah studio rakaman yang berbeza. Diketuai oleh produser utama, Jeffrey Little (Prana, Estrella, SevenCollar T-Shirt, PureVibracion) yang bekerjasama dengan rakan-rakan produser lain; Saiful Ridzuan (SevenCollar T-Shirt, Estrella) dan Jason Voo bersama-sama dengan pemuzik-pemuzik yang disegani berjaya menyiapkan album ini dalam tempoh satu tahun. Album ini telah diadun oleh Mohd Hafiz (Pesawat, Lab the Rat) di Tune Studios, manakala mastering oleh Joe Gastwirt (311, Pearl Jam, Grateful Dead) di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Anda boleh dapatkan album Guba yang berjudul “Hilang” dipasaran sekarang. Hanya dijual pada harga RM29.90, ianya sangat berbaloi. Apa tunggu lagi, cepat dapatkan koleksi anda sekarang!

Mari dengar lagu “You’re So Fine” selepas ini!

SKIP THIS AD ×