berita

Jimmy Palikat Harumkan Nama Penyanyi Sabah, Bakal Tempah Tiket Ke AJL 27

November 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sekiranya minggu lalu pihak Muzik-Muzik telah mengumumkan enam buah lagu yang bakal layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27, minggu ini terdapat enam buah lagi lagu yang bakal ke anugerah tersebut.

Antara lagu-lagu yang bakal ke AJL 27 adalah Anak Kampung (One Nation Emcees ft. Jimmy Palikat), Lagu (Bedroom Sanctuary), Terukir Di Bintang (Yuna Zarai), Ombak Rindu  (Adira & Hafiz), Tanpamu (Amir Jahari) serta Tapi Bagaimana (Spider).

Namun begitu, kesemua lagu ini belum tentu akan layak ke peringkat akhir kerana terdapat lapan buah lagu lagi yang akan berentap pada minggu hadapan untuk bersaing merebut tempat ke AJL. Keputusan penuh akan diumumkan pada minggu hadapan dan hanya 12 buah lagu yang terbaik sahaja akan berentap di peringkat seterusnya.

Secara umumnya, minggu kedua separuh akhir Muzik-Muzik semalam telah menampilkan sebelas buah lagu. Antaranya ialah Anak Kampung – One Nation Emcees ft. Jimmy Palikat, Terukir Di Bintang – Yuna Zarai, Ombak Rindu – Adira & Hafiz, Tanpamu – Amir Jahari, Sesaat Kau Datang – Ramlah Ram ft. Sleeq, Angkasa – Diandra Arjunaidi, Terlalu Mencintaimu – Suki, Hatiku Milikmu – Nera Af9, Tapi Bagaimana – Spider, Lagu – Bedroom Sanctuary serta Separuh Jiwaku – Jaclyn Victor.

Siaran langsung separuh akhir Muzik-Muzik ke 27 semalam telah dimeriahkan lagi dengan persembahan artis jemputan iaitu Kumpulan Meet Uncle Hussin dan Fauziah Gambus menerusi dua buah lagu, Sekadar Di Pinggiran dan Laguku Untukmu.

SKIP THIS AD ×