Stesen televisyen TV3 bakal menyaksikan penyanyi legenda berentap dengan bintang baharu di bawah bimbingan tiga pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk merebut gelaran Terpaling Juara.
Bakal dapat tempat di hati penonton
Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, berkata, TV3 sangat berbesar hati untuk memperkenalkan program hiburan yang berkonsep baharu.
Saya sangat yakin akan kemampuan tenaga kerja produksi dalam menghasilkan program TV yang berkualiti dan menghiburkan.
Pastinya, Terpaling Juara bakal mendapat tempat di hati penonton setia TV3 dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten iaitu Hael Husaini, Akim Ahmad dan Naim Daniel bersama-sama dengan enam peserta sepanjang lapan minggu.
Penyanyi otai, Ifa Raziah, Hazami dan Rahmad Mega pula menyahut cabaran melakukan anjakan paradigma dalam kerjaya nyanyian.
Shaz (Shazreen Shaharum, 26 tahun), Aqmal (Aqmal Ramdan, 26 tahun) dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya, 18 tahun), terpilih menerusi uji bakat yang berlangsung pada 2 dan 3 Julai 2022.
Kongsi pengalaman
Sementara itu, Hael tidak merasakan dua kali kemenangan menerusi AJL adalah bonus buatnya dalam program Terpaling Juara.
Kata pelantun lagu Haram, dia ingin berkongsi pengalaman dan menimba ilmu daripada rakan kapten lain.
Saya rasa kemenangan menerusi AJL selama dua tahun adalah rezeki. Jadi, ia tiada kena mengena dengan program Terpaling Juara ini.
Itu bukannya menjadi kelebihan, saya berniat berkongsi pengalaman dan menimba ilmu dari rakan kapten lain. Kita sama-sama belajar.
Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM 100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.
Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir manakala Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap.
Bakal bersiaran selama lapan episod mulai mulai 21 Ogos ini, Terpaling Juara membuka gelanggang dengan konsert pengenalan keenam-enam peserta sebelum tiga kapten mengumumkan siapakah dua peserta pilihan mereka.
Terpaling Juara menampilkan Vivo sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.
Sumber: Instagram @tv3malaysia