berita

Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kes Dadah

March 25th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang penyanyi nasyid ditahan polis petang semalam selepas disyaki terbabit kes berkaitan dadah di sebuah kondominium yang terletak di Kota Damansara.

Penyanyi nasyid ditahan

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid telah mengesahkan berhubung penahanan penyanyi nasyid tersebut. Jelas Mohamad Fakhrudin lagi, pihaknya akan melakukan sidang media dalam tempoh terdekat ini.

Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×