Gambar sekadar hiasan
Seorang remaja perempuan mendakwa dipukul ibu angkatnya yang juga merupakan penyanyi sambilan sehingga menyebabkan muntah, badan menggeletar dan sukar bernafas.
Artikel Berkaitan: Tiga Remaja Dipercayai Jadi Mangsa Dera, Jumpa Berkeliaran Dengan Kaki Dirantai
Artikel Berkaitan: Bekas Tentera Pukul, Sepak & Pijak Muka Ibu Sebab Tak Dapat RM20
Guru buat laporan polis
Ketika kejadian, difahamkan mangsa ingin menunaikan solat tarawih, tetapi ibu angkatnya tidak percaya dan mengesyaki bahawa dia ingin bertemu kawan lelaki sehingga menyebabkan berlakunya insiden dia dipukul.
Kes tersebut terbongkar apabila remaja itu datang ke bilik guru dalam keadaan sukar bernafas dan badan menggeletar sebelum muntah.
Susulan itu, gurunya tampil membuat laporan polis setelah remaja berkenaan mendakwa dia dipukul dan diugut bunuh ketika berada di rumah di Ukay Perdana, Ampang Jaya.
Remaja berusia 16 tahun itu telah dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut.
Suspek ditahan
Gambar sekadar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya telah menahan wanita tersebut di pangsapuri di Ukay Perdana pada Jumaat.
Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Dalam pada itu, berdasarkan semakan polis, wanita berusia 46 tahun tersebut memiliki satu rekod jenayah lampau.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Sumber: Harian Metro