berita

Bekas Tentera Pukul, Sepak & Pijak Muka Ibu Sebab Tak Dapat RM20

March 27th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara si ibu enggan memberi wang untuk membeli dadah, seorang anak tergamak memijak muka dan memukul wanita itu hingga mengalami kecederaan dalam satu kejadian di Kampung Gual Jedok, Tanah Merah, Kelantan.

Pijak muka ibu sebab RM20

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang juga merupakan bekas anggota tentera berusia 32 tahun itu berang selepas tidak mendapat wang berjumlah RM20 daripada ibunya.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, suspek yang tinggal berdua dengan mangsa bertindak menarik, menampar, menendang dan memijak kepala wanita itu. Perbuatan tersebut sempat dirakam cucu mangsa yang tinggal bersebelahan dengan rumah berkenaan.

Melihat rakaman video itu, abang suspek membuat laporan polis. Dia bimbang berikutan suspek tinggal berdua dengan ibunya. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah di mana suspek disyaki bertindak memijak muka dan memukul ibunya.

Mangsa, 65, kemudian dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan bengkak di bahagian kepala, dahi, mata dan badan. Suspek yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT). Hasil ujian air kencing menunjukkan suspek positif methamphetamine dan mempunyai dua rekod lampau berkait dengan dadah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×