berita

Penyanyi Wanita Dominasi SFMM36, Misha Omar & Aina Abdul Antara 10 Lagu Layak

November 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bahang separuh akhir Muzik Muzik 36 makin membara apabila 10 lagi lagu diumumkan untuk bersaing dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36).

Menerusi siaran langsung Muzik Muzik 36 yang disiarkan di TV3, hosnya Alif Satar dan Sissy Imann mengumumkan senarai lagu yang terpilih.

Artikel Berkaitan: Naim Daniel & Haqiem Rusli Antara 10 Yang Pertama Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Penyanyi wanita ‘tapau’

Berikut ialah senarai 10 lagu kedua yang akan ke pentas Muzik Muzik 36:

  1. Aina Abdul (Sepi)
  2. Ara Johari (Tetap Aku Cinta)
  3. Marsha Milan (Cinta)
  4. Wany Hasrita (Cinta Khayalan)
  5. Khai Bahar (Durja)
  6. Sog X Shila Amzah (Pelukan Angkasa)
  7. Kaka Azraff & Jaz Hayat (Karma)
  8. Misha Omar (Tanpa Rela)
  9. Shiha Zikir Ft Noki (Aewo)
  10. Syamel & Ernie Zakri (Goodbye Hello)

Minggu depan lagi 10 lagu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Jangan ketinggalan pengumuman 10 buah lagu pada episod terakhir iaitu 5 Disember nanti. Secara keseluruhan, 30 lagu Muzik Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir bagi merebut peluang untuk beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36.

Dalam pada itu, 30 lagu ini dijangka akan bersaing dalam SFMM36 yang bakal berlangsung pada 31 Disember dan 1 Januari depan.

Sumber: @tv3malaysia

SKIP THIS AD ×