berita

Perasaan Bercampur, Nak Marah Macam…. – Respon Nurul Terhadap ‘Stop It’ Ajai

June 11th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

nurul

Sebut sahaja nama Ajai pasti ramai terbayang akan bekas isterinya yang merupakan pasangan duet untuk lagu popular ‘Keliru’, Nurul Wahab. Iyalah lagu itu top kot, kalau tak salah siap menang Anugerah Juara lagu lagi.

Namun semalam Ajai meminta agar Nurul untuk tidak lagi mengaitkan dirinya di dalam penulisan blog Nurul. Katanya ‘Stop It’!

Artikel Berkaitan : Ajai Harap Nurul Henti Tulis Namanya & Kisah Lama Mereka Di Blog

Peka dengan kenyataan Ajai itu, Nurul bertindak berkongsi satu lagi entry baru bagi menjawab beberapa persoalan.

Perasaan Bercampur

Screen Shot 2015-06-11 at 12.46.51 AM

Menerusi entry terbaru Nurul itu, dirinya tekad untuk menyimpan sahaja segala rasa yang terbuku di hati selama ini dan tak mahu ianya diperbesar.

Iyalah bak kata Ajai ‘Stop It’ kan?

Betullah tu apa yang dikatakan.. Cukup itu saja yang aku nak beri komen tentang isu yang berlaku pagi ini. Ada juga rakan wartawan yang mahu aku komen semula selepas isu itu pagi ini. Aku elakkan. Kan dah kata “stop it!” Jadi… kita jangan kata apa-apa lagi. Stop it!

Perasaan bercampur.. Nak marah, macam tak kena… Nak melatah… errr… macam takde sebab pula… Nak komen, macam akan melantun semula pada aku. Akan jadi lebih besar. Jadi… simpan saja apa yang dirasa itu.

Okay, stop it! Sudah… Jangan sebut lagi… Nanti dikata pula kita ni menumpang nama sesiapa untuk cari makan.

Sesiapa yang baca dan faham maksud apa yang aku tuliskan, dia akan tahu.

Terima Kasih Pada Yang Menyokong

Screen Shot 2015-06-11 at 12.50.42 AM

Menurut Nurul rentetan daripada isu ini, dia menerima kritikan hebat netizen. Nurul bagaimanapun mengambil pendekatan positif untuk tidak mengendahkan segala ‘cakap-cakap’ tersebut malah berterima kasih kepada yang memahami dirinya.

Oh… betullah tu… Si hitam yang hodoh ni takde kerja nak buat. Asyik sebut nama itu je.. Ye lah.. Dah la buruk dan gemuk sekarang.. Dah tak cantik pun.. Dah lah hodoh, bodoh pulak tu…Sudah-sudahlah sebut nama dia… Ye lah tu.. Betul lah tu… Aku tak boleh hidup kalau tak sebut nama tu… Yo lah! Hahahahhha…

Amboi.. macam-macam reaksi yang hebat-hebat di sana sini… Yang kata kita gemuk tu… betullah kita gemuk… Harapnya awak tu kurus dan cantik… Takpe… Tunggulah aku kurus semula. Mentang-mentanglah kita ni baru lepas bersalin.

Terima kasih yang menyokong dengan memberi banyak kata-kata semangat pada aku di dalam mana-mana komen yang diberikan di rata-rata forum terkenal laman sosial. Ada juga yang kenal aku – aku rasa – kerana komennya sangat tepat.

Apa-apa pun harap Nurul tabah dalam mengharungi hari mendatang bersama suami dan anak tersayang. Iyalah benda dah lepas kan, cakap banyak pun tak guna ye dak? Jom dengar lagu dulu huhu.

Sumber : NurulWahabDepp

SKIP THIS AD ×