berita

Ajai Harap Nurul Henti Tulis Namanya & Kisah Lama Mereka Di Blog

June 10th, 2015 | by Ash Nordin | 8 comments
672
reads
Isu & Kontroversi

cover ajai

Seperti yang kita tahu, Ajai dan Nurul dah lama berpisah. Namun, masih ramai yang bertanyakan sejauh mana hubungan Ajai dengan Nurul selepas mereka ambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 2007.

Terbaru, Nurul ada menulis di laman blog meluahkan hati dan perasaan kesal kerana asyik ditanya tentang kisah silam mereka. Oleh sebab itu, Ajai tidak senang hati dan minta bekas isteri nya itu berhenti membuat sebarang statement tentang dirinya.

“Dah la ya.. Jangan tanya lagi..  Bosan dah aku nak jawab..”

blog 1

blog 2

blog 3

Petikan itu ditulis pada 2 Jun lepas di blog peribadi milik Nurul Wahab, nurulwahabdepp.wordpress.com.

Stop it..!- Ajai

Screen Shot 2015-06-10 at 11.15.47 AM

Berhubung dengan isu tu, Ajai meminta supaya Nurul hentikan menulis dan membuat cerita yang bukan-bukan di blog Nurul.

Saya berharap Nurul hentikan menulis, kaitkan kisah lama atau sebut nama saya yang bukan-bukan di laman blognya.

Kerana bagi saya, bukan tidak ada orang bertanya tentang dia daripada saya. Tetapi ada! Bagaimanapun saya tak pernah nak beri apa-apa jawapan atau kaitkan nama dia dalam mana-mana sesi temubual mahupun di laman sosial saya. Jadi harap maklum dan stop it.

Ajai juga menambah kalau jika berhubung pun mungkin atas urusan anak mereka.

Urusan saya dengan bekas isteri saya itu dah habis sejak kami berpisah. Kalau ada update, itu hanya atas urusan anak kami Ayu Nazirah (17 tahun).

Sumber berita: mStar Online

The following two tabs change content below.

Most Read Today