Usahawan dan selebriti popular Neelofa mengisi waktu lapangnya dengan mempelajari bahasa Arab.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Dedah Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Kerana Niqab – ‘Mereka Akhirnya Rayu Semula Dengan Tawaran Berganda’

Artikel Berkaitan: Neelofa Enggan Ulas Lanjut Hubungan Ameera Khan & Jefri Nichol – ‘Saya Simpan Komen Untuk Diri Sendiri’

Belajar bahasa Arab

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, dilihat gigih mendalami bahasa Arab demi cintanya kepada Al-quran.

Ujarnya, tujuan utama adalah demi memahami Al-quran tanpa merujuk pada maksud.

Perjuangan demi mencintai al-Quran lagi dan lagi.

Belajar bahasa Arab ini. Moga Allah rezekikan untuk baca al-Quran boleh faham satu-satu tanpa tengok masuk.

Amin ya rabb aminn.

Sekadar info, Neelofa membuat keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya selepas pulang menunaikan umrah sekitar tahun 2014.

Pada 27 Mac 2021, Neelofa sah bergelar seorang isteri kepada pendakwah bebas iaitu Haris Ismail.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Sumber: Instagram @Neelofa