
Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril sekali lagi menyorot perhatian apabila hantarannya dikaitkan dengan hal rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Hidup Lebih Mudah Bila Kita Sedar Perancangan Allah Lebih Baik’ – Isteri Faisal Halim
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Macam Baru Kahwin Semalam’ – Rumah Tangga Faisal Halim & Isteri Kembali Bahagia
Rumah tangga bergolak?
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Syazwani seolah memberi bayangan menghadapi kemelut rumah tangga sekali lagi.
Perkahwinan bukan satu perjudian.
Dalam pada itu, Syazwani turut mendakwa dirinya dilayan seperti sampah namun enggan mendedahkan identiti sebenar pihak yang dimaksudkan.
Nak main game? Jom main.
Patut lah layan aku macam sampah.
Terdahulu, Nur Syazwani didakwa telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya.
Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Khalish.
Sumber: Instagram @nrsyxzwnyy