Hantaran terbaharu isteri kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril di Instagram Story (IGs) miliknya seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Retak, Isteri Faisal Halim Didakwa Fail Cerai?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mummy Yakin Nanti Kita Akan Jumpa’ – Isteri Faisal Halim Rindu Anak

Sudah berbaik

Dalam hantaran itu, Nur Syazwani dilihat berkongsi semula hantaran Faisal yang memuat naik foto bahagia bersamanya dan anak, Khalish Aryan.

Faisal yang menggunakan lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik sebagai ‘background’ meluahkan rasa syukur sekali gus mengesahkan rumah tangga mereka sudah kembali pulih.

Sementara itu, Nur Syazwani yang seakan mengesahkan khabar gembira itu menzahirkan rasa syukur.

Alhamdulillah. Memaafkan dan melupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.

Sayang awak. Rasa macam baru berkahwin semalam.

Terdahulu, Nur Syazwani didakwa telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya.

Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. 

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Khalish.

Sumber: Instagram