
Kerana budi perkahwinan binasa.
Serbuan yang dilakukan pada jam 7.35 pagi mendapati mereka berdua-duaan dalam keadaan memalukan. Wanita terbabit yang berusia 27 tahun menyatakan percintaan mereka terjalin kerana terhutang budi. Lelaki berkenaan banyak membantunya dari segi kewangan bagi membangunkan perniagaannya.
Curiga lepas sikap isteri berubah.
Menurut pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim, serbuan itu dijalankan apabila pihak mereka mendapat laporan dari suami wanita itu sendiri. Suami wanita terbabit yang berusia 30-an membuat keputusan untuk buat siasatan sendiri selepas curiga dengan perubahan sikap isterinya. Isteri sering mengamuk apabila suami tidak izinkan isteri bertemu dengan lelaki terbabit.
Kredit : Harian Metro