Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis selepas disyaki memperkosa anak tirinya sehingga hamil. Lebih kejam apabila suspek tergamak membunuh bayi yang baru dilahirkan mangsa kerana bimbang perbuatannya itu terbongkar.
Rogol anak tiri, bunuh bayi baru lahir
Sekadar gambar hiasan
Menerusi kronologi yang dipetik daripada Megapolitan Kompas, suspek telah memperkosa anak tirinya yang berusia 18 tahun itu sebanyak 10 kali dalam tempoh satu tahun. Semasa soal siasat, suspek mengaku mengambil kesempatan itu dengan menaburkan janji bahawa dia akan membelikan sebuah telefon bimbit untuk mangsa.
Namun itu hanyalah helah semata-mata, suspek langsung tidak menepati janji sebaliknya dia terus melepaskan nafsu terhadap remaja terbabit. Perbuatan suspek itu tidak diketahui oleh isterinya malah wanita itu juga tidak mengesyaki apa-apa memandangkan keadaan fizikal anaknya tidak ketara seperti wanita hamil. Tambahan pula, mangsa gemar memakai pakaian longgar.
Namun segala-galanya terbongkar selepas anak perempuannya melahirkan bayi di dalam bilik mandi rumah suspek pada 25 Mac lalu. Apa yang tidak disangka-sangka, suspek yang panik tergamak mengasari bayi malang itu sehingga berhenti menangis. Dia kemudian menekup mulut bayi yang baru lahir itu menggunakan kain hanya kerana bimbang perbuatan terkutuknya terbongkar.
Cepat-cepat uruskan pengebumian
Sekadar gambar hiasan
Suspek membawa mangsa dan bayinya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan namun si kecil disahkan meninggal dunia. Susulan itu, suspek segera menguruskan pengebumian bayi tersebut tetapi penduduk kampung yang berasa curiga dengan proses pengebumian tersebut tampil membuat laporan polis.
Hasil siasatan membongkarkan perbuatan suspek dan bayi yang dikebumikan itu merupakan benih daripada hasil hubungan terlarang dengan anak tirinya.
Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia dan bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan/atau denda Rp200,000,000.00 (RM58,000) jika sabit kesalahan.
Sumber: Megapolitan Kompas