Sesi debat berkenaan isu Doula: Peneman Ibu atau Pengganti Doktor di TV Alhijrah kelmarin mendapat perhatian meluas di media sosial. Pelbagai respon yang diterima daripada netizen termasuklah cara pengacara mengendalikan program.
Selaku penerbit dan pengacara Analisis, Syafinaz Yunus memberitahu tempoh satu jam yang ada tidak lama. Dia hanya bertanyakan soalan penting melihat kepada aspek kemudaratan yang lebih besar.
Kebenaran harus dibuktikan
Tambahnya lagi, dia juga perlu menitikberatkan soal menjaga maruah dan tidak memalukan panel. Walaupun host tahu panel tidak bercakap benar, dia harus terus bertanya sehingga kebenaran terbongkar.
Jelasnya lagi, objektif program adalah untuk merungkai kebenaran dan rakyat perlulah menggunakan akal untuk menilai. Jika dibandingkan dengan rancangan di Barat, dia berpendapat rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mempunyai ‘host yang lebih kritikal’.
Fikir panjanglah wahai ibu
Malah, Syafinaz turut menasihati ibu bapa agar berfikir panjang dan tidak merisikokan diri sendiri di saat kecemasan.
Sumber : Finaz Yunus