berita

Kontroversi Video Al Jazeera, Malik Streams Nafi Rayhan Kabir Pekerja Mereka

July 7th, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kenyataan seorang warga asing , Rayhan Kabir menerusi video laporan Al-Jazeera didakwa cuba memburukkan Malaysia di mata dunia melalui video dokumentari berkaitan penularan wabak COVID-19. Video yang diterbitkan Al Jazeera itu bagaimanapun telah mendapat lebih 220ribu tanda dislike di laman Youtube. Rata-rata menyifatkan warga asing yang mengeluarkan dakwaan itu ibarat kacang lupakan kulit.

Individu yang dikenali sebagai M Rayhan Kabir itu bagaimanapun bertindak menutup akaun Facebook untuk ‘melarikan diri’ setelah dikecam rakyat Malaysia. Terbaru, syarikat Malik Streams Production & Distribution tampil memberi penjelasan dan berasa terkejut dengan kenyataan dari pekerjanya itu.

Foto dan status semasa penggambaran

Individu warga Bangladesh ini telah memuat naik foto dan status semasa penggambaran dokumentasi itu dijalankan iaitu pada 10 Mei 2020 lalu. Dalam posting tersebut, dia meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mendedahkan layanan yang diterima di mata dunia.

Terkejut dengan kenyataannya

Sementara itu, menerusi laman Facebook Malik Streams Production & Distribution, di mana sebuah syarikat didakwa Rayhan Kabir berkhidmat sebagai Ketua Pemasaran di sana. Syarikat ini sedikit sebanyak terpalit dengan dakwaan kontroversi yang dikeluarkan pekerja itu.

Kenyataan yang dikeluarkan syarikat ini mengakui Rayhan Kabir pernah berkhidmat sebagai kontraktor tetapi sekarang sudah tidak lagi. Mereka juga terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan individu berkenaan. Malah, mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perkara tersebut dapat menjejaskan reputasi syarikat.

Syarikat tersebut juga akan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan. Kenyataan yang dikeluarkan individu berkenaan merupakan pandangan peribadinya, tidak mempunyai kaitan dengan syarikat.

Sumber: Malik Streams Production & Distribution 

SKIP THIS AD ×