
Peminat sukan permotoran kini berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada acara Formula 1 (F1) apabila permohonan sukarelawan bagi perlumbaan tersebut kini dibuka.
Artikel Berkaitan: George Russell, Antonelli Tak Sabar Aksi Di Sepang
Permohonan sukarelawan F1
View on Threads
Selepas pengumuman Formula 1 bakal kembali ke Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) secara rasmi membuka pendaftaran sukarelawan bagi perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026.
Menerusi borang permohonan di laman rasmi SIC, orang ramai yang berminat boleh mendaftar sebagai sukarelawan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang membantu menjayakan acara berprestij itu.
Berdasarkan maklumat yang disediakan, sukarelawan yang terpilih akan menerima elaun sebanyak RM60 sehari selain disediakan makanan sepanjang berlangsungnya hujung minggu perlumbaan.
Jadual bertugas pula bergantung kepada tugasan yang diberikan serta keperluan pihak penganjur.
Pemohon perlu mengisi beberapa maklumat seperti butiran peribadi, alamat kediaman serta pengalaman terdahulu sebagai sukarelawan di SIC (jika ada).
Sebelum ini, Formula 1 dan FIA mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada 2 hingga 4 Oktober 2026.
Perlumbaan itu akan berlangsung antara Grand Prix Azerbaijan dan Grand Prix Singapura dalam kalendar Formula 1 musim 2026.
Permohonan boleh dibuat DISINI







