Pelakon, Rusdi Ramli berkongsi pengalaman apabila pernah diminta membuat adegan sensitif atau tidak selesa di sebuah set penggambaran.

Artikel Berkaitan: Rusdi Ramli Tidak Selesa Kongsi Hal Peribadi, Lebih Banyak Beri Kemudaratan – ‘Kerja-Kerja Pelakon Sahaja Hak Masyarakat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharon Paul Beri Bayangan Bakal Berpisah Dengan Rusdi Ramli? – ‘Saya Tunggu Green Light Daripada Dia Je’

‘Kurang adil untuk pelakon’

Ketika ditemui OhBulan!, Rusdi berkata pengarah pernah memintanya untuk melakonkan adegan sensitif tanpa sebarang perbincangan awal atau makluman dalam skrip.

Pelakon kita cuma menerima arahan, kadang-kadang tiada dalam skrip dan tiba-tiba ada idea baru yang muncul di set. Saya pernah berhadapan dengan situasi itu.

Memang ada ketidakpuasan hati, tapi sebagai pekerja yang dibayar, kita perlu buat juga.

Saya rasa itu memang kurang adil untuk pelakon kerana tidak diberitahu awal, tapi itu adalah motif masing-masing.

Rusdi berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Global Station yang berlangsung di Kemensah Height, pada Selasa.

Bercakap mengenai adegan yang dianggap sensitif atau berlebihan, Rusdi menyifatkan ia sebagai perkara subjektif yang bergantung kepada pendapat masing-masing.

Bagi saya, kalau berhadapan dengan adegan yang agak berlebihan atau sensitif, ini adalah pendapat masing-masing. Saya tak berapa setuju kalau terlalu banyak perkara yang perlu dicuba.

Namun, dia berpendapat bahawa sebagai sebuah industri tempatan, produksi perlu lebih peka dengan budaya dan sensitiviti masyarakat.

Kita tahu ini bukan Hollywood, ini Malaysia, jadi tidak semua perkara boleh diterima di sini. Banyak lagi pendekatan yang kita boleh buat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas isu bayaran rendah terhadap pelakon veteran, Rusdi menasihatkan agar setiap pelakon lebih bijak menilai setiap tawaran yang diterima.

Kalau rasa bayaran rendah, jangan ambil. Kalau dah ambil, jangan bising. Kalau diberi tawaran, tolaklah dengan baik. Alhamdulillah, setakat ini saya tak pernah kena.

Harga saya memang berpatutan, saya tolak semua perbelanjaan yang sepatutnya, saya dapat sedikit untuk saya guna, okay sahaja. Kita tahu sebagai pelakon, ada rodanya, dulu di atas sekarang di bawah.