berita

Pernah Diberi Nasi Ganti Bayaran Persembahan, Penyanyi Lagu ‘Belum Siap Kehilangan’ Imbau Kesusahan

June 9th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: Stevan_pasaribu

Judul lagu ‘Belum Siap Kehilangan’ mungkin kurang dikenali ramai, namun suntingan lagu ini banyak digunakan oleh pengguna TikTok sebagai ‘soundtrack’ video mereka. Tapi siapa pemilik lagu yang telah meraih lebih 56 juta tontonton di Youtube ini?

Minat menyanyi sejak umur tiga tahun

Foto: Stevan_pasaribu

Stevan Pasaribu merupakan pemilik lagu Belum Siap Kehilangan tersebut. Penyanyi yang berasal dari negara jiran, Indonesia pada awalnya tidak menyangka single keduanya itu diterima ramai peminat luar negara seperti Malaysia.

Menurut jejaka kelahiran Padang Sidempuan, Sumatera Utara itu dia mula menjadi artis rakaman sekitar 2019 selepas banyak menyanyikan semula lagu-lagu saduran dalam YouTube sebelum dilamar sebagai penyanyi rakaman.

Ya, kalau ikutkan, minat menyanyi itu sudah ada sekitar umur saya tiga tahun lagi. Kebetulan kedua-dua ibu bapa juga merupakan guru muzik. Jadi, sejak kecil lagi saya memang sudah terbiasa didedahkan dan dididik dengan muzik.

Mereka (ibu bapa) juga mahu saya menjadi penyanyi apabila sudah besar nanti.

Disebabkan terlalu meminati muzik, Steva juga telah mnyambung pelajarannya ke peringkat universiti dalam jurusan muzik di Institut Kesenian Jakarta.

Diberi nasi sebagai bayaran

Foto: Stevan_pasaribu

Tambah Stevan, dia juga pernah ditawarkan sebuah label untuk dijadikan artis rakaman selepas menamatkan pengajian namun ditipu oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Itulah pengalaman paling saya tidak boleh lupakan saat ditipu. Bilangnya mahu dijadikan artis rakaman, tetapi pada penghujungnya hanya sandiwara.

Bukan itu sahaja, pernah juga saya tidak dibayar selepas membuat persembahan seperti apa yang dijanjikan.

Paling lucu dan memang akan diingati sampai bila-bila, saya pernah diberi nasi yang diisi dalam kotak bersama lauk-pauk bagi menggantikan bayaran usai persembahan.

Bagaimanapun pengalaman itu tidak pernah melemahkan dirinya malah menjadi kekuatan untuk terus berkarya dalam industri muzik. Dalam pada itu, Stevan juga bersyukur lagu popularnya itu diterima baik pendengar bukan sahaja di tanah airnya Indonesia, malah di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×