Desas-desus mengenai hubungan anggota kumpulan nasyid Sabyan iaitu Nissa dan Ayus akhirnya terjawab selepas mereka dikhabarkan sudah sah bergelar suami isteri.
Artikel Berkaitan: Tak Tahan Lihat Kemesraan Suami Dengan Nissa Sabyan, Isteri Ayus Umum Dah Cerai
Artikel Berkaitan: ‘Ya, Benar Abang Saya Berselingkuh Dengan Nissa Sabyan’ – Adik Ayus
Nissa, Ayus sah bernikah
Memetik laporan Suara, Nissa atau nama lengkapnya Khoirunnisa dan Ayus atau Ahmad Fairus telah mendirikan rumah tangga sejak Julai 2024.
Perkara itu disahkan oleh Drs. H. Ahmad Sumroni iaitu Ketua Pejabat Urusan Agama di Kecamatan Pondok Gede.
Difahamkan, majlis pernikahan tersebut telah berlangsung secara sederhana dengan menyaksikan Nissa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan wang bernilai RM56.
Terdahulu, wanita berusia 25 tahun itu pernah dicop sebagai penyondol dalam rumah tangga Ayus dan bekas isteri, Ririe.
Nissa dan Ayus didakwa telah menjalinkan hubungan sejak 2021 namun mereka memilih untuk mengunci mulut berhubung kontroversi tersebut. Akan tetapi adik lelaki Ayus mengesahkan abangnya itu sememangnya mempunyai hubungan dengan Nissa.