berita

‘Pernah Dimandikan Lelaki Itu’ – Ibu Dakwa Anak Jadi Mangsa ‘Pemuas Nafsu’ Guru Tuisyen

November 21st, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, tanggungjawab menjadi seorang guru adalah sangat besar kerana mereka inilah yang berperanan untuk mendidik serta melindungi anak-anak murid. Walau bagaimanapun, ada segelintir dalam kalangan mereka yang menggunakan nama ‘guru’ tersebut untuk mengambil kesempatan terhadap anak murid mereka.

Menerusi Harian Metro, seorang guru tuisyen didakwa telah mencabul serta menjadikan anak muridnya sebagai pemuas nafsu.

Menerima mesej berunsur lucah

 

Ibu mangsa telah menggunakan khidmat guru tuisyen tersebut untuk mengajar serta mendidik anaknya itu. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila kepercayaan yang diberikan kepada guru ini akhirnya dikhianati. Menurut wanita yang berusia 40 tahun ini, dia menyedari perkara itu apabila dia melihat kandungan mesej di telefon bimbit anaknya itu yang dihantar oleh guru lelaki tersebut.

Tambahnya lagi, kandungan mesej yang dihantar oleh guru tersebut adalah berunsurkan ayat lucah. Menceritakan kisah itu, ibu tunggal kepada tiga anak ini turut memberitahu bahawa mereka telah lama mengenali antara satu sama lain iaitu selama 4 tahun yang lalu sejak lelaki tersebut berkhidmat sebagai guru tuisyen kepada anak lelakinya.

Kami agak rapat dengan lelaki itu malah anak saya menganggapnya seperti bapa.

Malah dia pernah menolong saya memandikan anak namun ketika itu masih belum mengesyaki apa-apa.

Jadi mangsa cabul sejak awal tahun lagi

Menurut ibu mangsa, anak lelakinya yang berusia 12 tahun itu telah beberapa kali menjadi mangsa cabul lelaki tidak bertanggungjawab itu ketika dia sedang belajar di rumah guru berkenaan. Sejak mengetahui kejadian tersebut, dia kemudian bertanyakan kepada anaknya untuk mendapatkan kepastian.

Mangsa kemudian memberitahu bahawa guru yang mengajar subjek Bahsa Melayu dan Mandarin tersebut telah melakukan perkara terkutuk itu sejak awal tahun ini lagi.

Saya sangat percaya kepada lelaki terbabit namun tidak sangka dia bertindak sedemikian.

Bimbang dengan keselamatan anak saya membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan pihak polis akan menjalankan sisatan lanjut berhubung kes tersebut dan akan menjejaki suspek.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×