Usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming (KA), mengimbau kenangan ketika pernah menghantar mesej langsung (DM) kepada biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira tujuh tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Respon Isu Sistem Tempahan Rembayung ‘Down’ – ‘Restoran Baru Buka 2 Minggu Bang, Beri Saya Sedikit Ruang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gangguan Bekalan Elektrik Di Rembayung, Netizen Puji Sikap Tenang Khairul Aming Kawal Situasi

Mula ajak collab video

Menerusi satu perkongsian di Threads, Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA berkongsi bahawa dia pernah menghantar mesej kepada biduanita negara itu, bagi bekerjasama menghasilkan video masakan menggunakan rakaman suara melalui telefon.

Tujuh tahun yang lepas, saya pernah DM Dato’ Seri Siti Nurhaliza masa lockdown, nak ajak collab video masakan guna recording suara dia dekat dalam phone.

Ini zaman saya buat video masak sorang-sorang atas lantai.

Kita nak tulis DM pun menggigil tangan sebab segan.

Ikon negara bantu support

Dalam pada itu, Khairul meluahkan rasa terharu apabila ikon negara tersebut sanggup memberi sokongan kepadanya ketika masih baharu memulakan perjalanan dari rumah.

Keesokan harinya, TokTi reply dan setuju nak tolong tanpa minta apa-apa.

Masa itu rasa nak menangis sebab ikon negara sudi nak support kita yang baru nak bermula di rumah.

Dalam masa yang sama, dia turut tidak menyangka apabila Siti menghulurkan sendiri album Gema Bumantara serta menitipkan ucapan peribadi kepadanya ketika menghadiri Restoran Rembayung buat kali kedua.

Tujuh tahun kemudian, TokTi sendiri bagi wish ini dekat tangan saya semalam.

Terharu kita, terima kasih TokTi.

Sumber: Threads