Isu didakwa hanya memiliki RM500 dalam akaun bank menjadi punca putus tunang antara pelakon Muntazar Ghufran dengan Saidah Kamarudin masih menjadi topik bualan hangat wargamaya.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Jadi Kuli Awak, Mana Duit Tak Habis?’ – Bella Dowanna Bidas Saidah Kamarudin

Artikel Berkaitan: Saidah Kamarudin Dakwa Ex Tunang ‘Hack’ TikTok – ‘Jangan Cabar Saya’

RM500 tak cukup

Terbaharu, seorang pengguna media sosial dalam nada sinikal berkata, RM500 tidak mencukupi untuk membeli lampin dan susu anak bagi pasangan yang sudah berumah tangga.

500 tak cukup nak beli pampers dengan susu.

Tertarik dengan kenyataan tersebut, Muntazar membalas dengan mengatakan dia sama sekali tidak pernah mendedahkan jumlah sebenar dalam akaunnya.

Kata aktor itu, meskipun mempunyai wang yang banyak mahupun sikit, dia sentiasa bersyukur.

Takkan saya nak beritahu dalam akaun bank saya ada berapa ribu dan saya pernah merasa ratus ribu dalam bank.

Cuma mungkin Allah uji saya dengan duit yang sedikit, maka saya perlu sentiasa bersyukur.

Terdahulu, Saidah meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazar yang didakwa telah menggodam akaun TikTok miliknya.

Saidah kemudian mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.

Untuk info, Saidah mengikat tali pertunangan dengan Muntazar pada Mei tahun lalu.

Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.

Sumber: TikTok