Sebelum ini, viral di media sosial kisah seorang wanita tempatan yang memilih lelaki dari benua Afrika sebagai teman hidupnya. Wanita yang dikenali sebagai Fila Amir ini telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Adama Mohamed Camara pada bulan April 2019.
Artikel berkaitan: ‘Mula-Mula Rasa Takut..’ – Viral Gadis Kedah Pilih Jejaka Afrika, Pengantin Baru Cerita Detik Perkenalan
Terbaru, Fila memberitahu pengikutnya di media sosial bahawa dia telah mengikut suaminya pulang ke Conakry, Guinea.
Selamat dekat sini
View this post on Instagram
Alhamdulillah selama dekat sini tak pernah rasa disisihkan atau di discriminate, semua layan baik, ramah-ramah. MashaAllah, tak sabar nak faham apa dia orang cakap, boleh borak bergurau dengan dia orang. Ada orang tanya, pernah tak kat sini, polis minta nak check passport ke apa. Memang tak ada. Tengok la akak polis ni siap ajak bergambar lagi. Walaupun dia orang confuse Fila orang apa, dia orang tetap layan Fila baik-baik. Tak jumpa lagi orang racist dekat Fila dekat sini. Alhamdulillah, semoga berkekalan macam ni InshaAllah doakan kami dekat sini tau.
Menurut Fila, dia berasa gembira apabila berada di kampung halaman suaminya. Tambahnya, dia dilayan dengan begitu baik oleh keluarga mentua termasuk masyarakat di Conakry. Jelasnya lagi, masyarakat di sana tidak terkejut melihat orang luar seperti dirinya di kawasan berkenaan.
Di samping itu, Fila memberitahu bahawa terdapat peniaga yang berbangsa Cina di sana juga selain dirinya. Kebanyakan masyarakat di Conakry turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila bertemu dengan orang Malaysia. Bagi mereka, layanan yang baik perlu diberikan kepada para pelancong yang berkunjung ke negara tersebut.
Tak wajib pakai pelitup muka
View this post on Instagram
Menerusi video-video yang dikongsikan oleh Fila juga, dia menjelaskan mengapa masyarakat di negara tersebut tidak lagi memakai pelitup muka. Ujarnya, hanya sesetengah tempat sahaja mereka perlu menggunakan pelitup muka. Berkongsi mengenai kes harian Covid-19, Fila memaklumkan bahawa kes di sana tidak terlalu tinggi namun, masih ada. Mereka hanya perlu menjaga diri sendiri bagi mengelakkan sebarang penularan.
Rata-rata netizen teruja melihat dan membaca pengalaman Fila ketika berada di sana. Menurut netizen, mereka tertarik melihat perbezaan latar belakang masyarakat dan budaya di negara tersebut.
Sumber: Fila Amir