berita

‘Pernahkah Saya Peduli Dengan Apa Orang Cakap?’- Berang Dibahan Jadi Mangsa Fesyen, Ini Respon Neelofa

May 8th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Neelofa bukan sahaja pelakon, pengacara dan usahawan berjaya malah dia merupakan ikon dikalangan peminat di Malaysia. Stail serta cara pemakaian sering menarik perhatian orang ramai dan terbaru pelakon jelita itu sekali lagi jadi buah mulut netizen gara-gara fesyen turban dikatakan seperti ‘Tuala lepas mandi’. Beg pinggang yang dipakai juga dikatakan seperti makcik jaga restoran.

Berhubung dengan isu itu, baca respon dari Neelofa. Mungkin individu yang kutuk Neelofa tak tahu mengenai fesyen terkini kot?

‘Saya berasa bangga memperagakan persalinan itu..’

Walaupun dikritik hebat kerana menyarung persalinan saiz besar dilengkapi beg pinggang serta turban di sebuah acara, namun Neelofa berkata dia tetap menyukai busana yang digayakan itu. Tambah pelakon itu, dia sudah lali dengan kecaman serta komen negatif dari netizen.

Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali.

Saya bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu apabila ada yang bercakap, saya menjadi mangsa fesyen.

Tambah Neelofa, fesyen yang digayakan itu sudah menjadi trending untuk musim 2018 di sekitar Eropah. Neelofa turut berkata dia tidak rasa pelik menyarung persalinan itu meskipun ada dikalangan keluarga dan kenalan tidak menggemari fesyen diperagakan.

Tahun ini, aliran fesyen lebih tertumpu kepada konsep ‘cover up’. Kalau kita lihat, perkembangan fesyen di Eropah sudah ke arah itu. Jadi, apabila saya diberi peluang untuk menggayakan persalinan itu, semestinya saya suka.

Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam. Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif.

Sumber: Astro Awani

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×