berita

Perompak Tertimbus Selepas Cuba Gali Terowong Nak Rompak Bank Macam Dalam Filem

August 15th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang lelaki tertimbus dalam runtuhan sebuah terowong berhampiran Vatican City dipercayai sedang dalam percubaan untuk merompak sebuah bank, lapor Wion News.

Minta bantuan pihak berkuasa

Misi mengeluarkan mangsa dari runtuhan mengambil masa beberapa jam dan lelaki itu kemudian dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan kritikal.

Menurut laporan, lelaki itu dipercayai bekerjasama dengan tiga suspek lain untuk melakukan rompakan, dan dua suspek lain telah ditahan polis ketika cuba melarikan diri.

Kesemua suspek dilaporkan menggali terowong di bahagian bawah tanah sebuah kedai selama beberapa hari untuk sampai ke bank pada cuti umum Ferragosto di Itali apabila bank itu akan ditutup.

Pasukan penyelamat mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan suspek yang tertimbus ketika anggota bomba dikerahkan menjalankan kerja-kerja menyelamat.

Lelaki tersebut dikatakan meminta bantuan pihak berkuasa apabila terowong itu mula runtuh.

Sumber: Wion News

SKIP THIS AD ×