berita

“Persembahan Luar Biasa” Teater Ola Bola Musikal Dilanjutkan Sehingga 10 Mac 2019!

March 1st, 2019 | by Mastura
Shout Out!

“Kerna setiap manusia mampu menjadi wira…. Luar biasa”

Bagi sesiapa yang telah menonton Ola Bola The Musical, bait-bait lirik daripada pementasan teater ini pasti akan menjadi siulan di mulut korang.  Kami yang berpeluang menyaksikan teater ni pon masih tak move on lagi.

Ni kami nak share sikit kenapa korang kat luar sana kena tengok teater Ola Bola The Musical ni. Kami gerenti korang takkan menyesal punya…

1. Kekecewaan pasukan Malaysia tidak beraksi di Sukan Olimpik Moscow 1980

Bagi korang yang tak tahu pasukan bola sepak negara kali pertama layak ke Sukan Olimpik pada tahun 1980, tapi kerana negara memboikot serangan kuasa besar ke atas Afghanistan, Malaysia tidak menghantar sebarang wakil ke Sukan Olimpik pada tahun terbabit.

Berlatar belakangkan sukan bola sepak sekitar tahun 1976-1980 , Ola Bola The Musical membuai perasaan penonton dengan penceritaan melalui nyanyian, rap dan tarian tentang bagaimana pasukan bola sepak Malaysia bangkit daripada kekecewaan, gagal layak ke Sukan Olimpik 1976. Emosi korang pasti akan terjentik dengan beberapa babak melibatkan kekeluargaan dan bagaimana semangat cintakan negara melebihi kepentingan kepada diri sendiri.

2. Keindahan sebuah perpaduan demi kejayaan negara

“Where there is unity, there is always victory”-Publilius Syrus

Tiada siapa boleh sangkal the power of unity. Melalui pementasan Ola Bola The Musical ni korang boleh tengok betapa indahnya persahabatan masyarakat berbilang bangsa dalam sebuah pasukan bola sepak yang mewakili bangsa Malaysia. Satu situasi yang sukar kita lihat hari ni.

Keadaan masyarakat pada ketika itu turut menggambarkan bagaimana perasaan kecewa mereka bertukar gembira apabila pasukan bola sepak negara yang pada mulanya gagal berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

3. Lakonan dan pengarahan yang layak mendapat standing ovation!

Gandingan Brian Chan sebagai Tauke atau Ah Keong bersama Iedil Putra sebagai Rahman yang menjadi teraju utama ternyata berjaya membuat penonton terhibur. Mereka membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika kita bertekad dan berusaha.

Tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa Brian Chan menampilkan aksi yang mengagumkan sebagai ketua pasukan Harimau Malaya dalam Ola Bola The Musical ni. Lontaran suara dan penjiwaan wataknya berjaya sampai kepada penonton sehingga penonton terbuai dengan lakonannya.

Pada pementasan ini setiap pelakon berjaya menghidupkan watak yang dipegang dengan jayanya. Antara mereka yang beraksi seperti Luqman Hafidz (Ali), Abi Manyu (Muthu), Jian Wei (Ah Chai) dan Hafeez Mikhail (Eric). Terdapat juga beberapa nama besar dalam industri tanah air yang turut serta dalam persembahan ini iaitu Altimet (Sarjan Ahmad), Nabila Huda(Dumilah) dan Tony Eusoff (Coach Harry Mountain).

Tepukan paling gemuruh harus diberikan kepada Puan Sri Tiara Jaquelina dan Enfiniti Production yang sanggup membawa kembali sequel Ola Bola The Musical ke Istana Budaya.

So, korang yang masih lagi tak menonton Ola Bola The Musical ni, please dapatkan tiket korang dan pergi tonton hari ni juga. Korang pasti akan terkesima dengan persembahan aksi perlawanan bola sepak yang memukau dan menghiburkan.

Untuk pengetahuan korang, kerana sambutan yang menggalakkan, tarikh pementasan yang sepatutnya berakhir pada 3 Mac 2019 telah dilanjutkan sehingga 10 Mac 2019. Jangan lepaskan peluang dan dapatkan tiket korang untuk menonton Ola Bola The Musical hari ni juga. Jumpa korang di Istana Budaya…

The following two tabs change content below.