berita

[VIDEO] Altimet Dedah Diagnosis Disleksia Pada Usia 30 Tahun – ‘Lirik Memang Saya Tulis Tapi Bila Baca Barai’

November 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

altimet

Penyanyi rap terkenal, Altimet mendedahkan dia menghidap disleksia iaitu masalah dalam menguasai pembelajaran antaranya adalah membaca dan menulis.

Artikel Berkaitan: Altimet Rai Kemenangan DUN Lembah Jaya Dengan Solat Subuh Berjemaah

Artikel Berkaitan: PRN: ‘Awal Tak Kalut..’ – Altimet Selesai Mengundi

Sukar membaca

altimet

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkongsi bahawa isterinya adalah orang pertama yang menyedari tentang hal tersebut.

Saya didiagnosis disleksia kira-kira pada usia 30 tahun. Saya didiagnosis oleh isteri saya sebab dia cikgu jadi dia boleh kesan simptom-simptom yang boleh memberi kesan kepada pembelajaran.

Dia perhati, kadang-kadang isteri kita lebih kenal kita berbanding diri kita sendiri. Kemudian dia suruh pergi buat pemeriksaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya ini berkata dia mengalami masalah membaca dan sukar untuk memahami maksud keseluruhan ayat atau petikan.

Bila ada disleksia, sukar untuk kita belajar secara standard macam pelajar lain. Masa saya masuk darjah satu, saya susah nak membaca tapi matematik pandai.

Kesannya sekarang ini saya membaca macam ‘auto correct’. Saya tengok beberapa abjad dalam perkataan tu, bila saya tengok konteks ayat atau artikel tu saya dah boleh teka apa maksudnya.

Kadang-kadang saya kurang membaca dan kurang minat. Apabila membaca surat atau dokumen rasmi dan kalau dulu banyak baca kontrak..saya kena baca perlahan-lahan, baca dua tiga kali baru boleh faham.

Bercerita lanjut, pelantun lagu Amboi ini berkata sebagai seorang penyanyi dia menggunakan pendekatan menghafal lirik lagu berbanding merujuk kepada kertas atau skrin.

Bila orang rakam lagu orang akan tengok lirik kan, tapi saya tak ada..saya hafal. Saya pun akan lebih ‘feel’.

Dalam ‘show’ besar, selalunya atas pentas dekat bahagian depan mereka akan letak skrin, yang itu memang kacau.

Dalam pada itu, dia mengakui bahawa skrin yang memaparkan lirik di atas pentas ternyata mengganggu fokusnya. Justeru, dia mengenakan cermin mata hitam bagi mengelakkan daripada terbaca lirk pada skrin tersebut.

Kalau nampak saya buat persembahan pandang ke atas atau saya pakai cermin mata hitam itu bukan sebab ‘cool’ tapi nak ‘coverline’ sebab benda tu (skrin) kacau. Kalau saya terbaca mesti tersasul.

Tapi skrin tu memang menyampah la. Masa sesi raptai saya dah minta tutup tapi dia orang terlupa.

Lirik tu memang saya tulis tapi bila baca ‘barai’, macam mana tu?

@mlstudiosmy

Ini rupanya sebab Altimet pakai spec hitam masa perform.

? original sound – ML Studios – ML Studios

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×